BLOG SAYA

Isnin, 4 November 2013

Penjagaan tanaman hiasan


 
 Assalammualaikum...
 
Tanaman hiasan sememangnya bertujuan untuk memperindah landskap kita. Walau bagaimanapun, jika kurang diberi penjagaan sudah pasti keindahan yang diharap-harapkan akan hilang. Biasanya pokok hiasan berasal daripada alam semulajadi. Justeru itu ia memerlukan cara penjagaan yang sesuai bagi memastikan ianya dapat tumbuh dengan subur dan kelihatan menarik apabila ditanam di taman, sama ada secara berpasu atau terus ke tanah. Jadi, fahami fakta asas penjagaan, kemudian baharulah dipraktikkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
 
 
Tips asas penjagaan tanaman:

Simptom yang lazim pada tumbuhan adalah layu, kekuningan, melecur, tidak berbunga atau tumbesaran yang terbantut. Ini berpunca daripada amalan kultura yang tidak sempurna. Jadi kita perlu tahu faktor-faktor yang mempengaruhi tumbesaran tanaman hiasan, iaitu
a. Keadaan persekitaran : cahaya, kelembapan udara dan suhu
b. Air – Kaedah, Jumlah dan waktu pengairan
c. Baja – Jenis dan kaedah membaja
d. Jenis Serangga dan Penyakit
Sedikit pengetahuan tentang faktor-faktor di atas sebagai panduan kita meneruskan kerja-kerja penjagaan rutin seperti penyiraman, pemangkasan dan pembajaan.
 
1. Penyiraman pokok di tanah
  • Kekerapan menyiram bergantung pada keperluan pokok.
  • Siraman kawalan juga perlu dilakukan kerana faktor tanah dan keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan.

  • Tanah liat biasanya memerlukan sedikit air kerana ia mengandungi air yang banyak manakala tanah berpasir memerlukan kuantiti air yang lebih.
Umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan menyiram pada waktu tengahari


2. Pemangkasan pokok di tanah
  • Pemangkasan memberi tekanan pada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada tujuan spesifik.
  • Tujuan pemangkasan- untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
  • Membuat pemangkasan untuk mengekalkan saiz dan bentuk pokok boleh mencantikkan rupa bentuk pokok itu.
  • Memotong bahagian pokok yang menggangu laluan utiliti atau bangunan adalah untuk menjaga keselamatan pengguna atau penghuni.
  • Gunakan peralatan khas seperti gergaji atau gunting pokok yang tajam . Semasa pemangkasan, pastikan potongan adalah licin dan bersih, seeloknya jangan tinggal tunggul dahan dan elak dari kulit terserkah.
3.Pembajaan pokok di tanah
  • Baja penting untuk tumbesaran pokok tetapi pembajaan yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan mati.
  • Kekurangan nutrien akan menyebabkan pokok terbantut dan tidak subur bukannya bermakna pokok perlukan baja lebih. Kadar baja yang betul amat penting untuk mengelak dari pembaziran serta menjaminkan tumbesaran dan pengeluaran bunga yang sihat.
  • Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK; baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun; baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah dan baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan
. Penjagaan pokok dalam pasu (pemasuan semula)
Apabila pokok kian membesar, ruang dalam pasu jadi terhad. Bagi mengekalkan ia dapat terus tumbuh dengan subur, pemasuan semula perlu dilakukan.
a. Tanda pokok perlu pemasuan semula
  • Tumbesaran lambat dan terencat
    • Daun mengecil, menguning dan layu
    • Tidak mengeluarkan bunga
    • Akar muncul di permukaan atau keluar dari lubang-lubang
    • Bekas atau pasu pecah
    b. Cara pemasuan semula
    • Basahkan tanah dalam pasu dan tinggalkan satu jam agar ianya menjadi lembut
    • Cabut pokok dan gegarkan untuk mengeluarkan tanah pada akar.
    • Potong akar yang mati dan rosak.
    • Sediakan pasu yang lebih besar dengan mengisi arang atau pecahan pasu di bahagian bawah sebagai penapis dan tambah dengan tanah baru sekurang-kurangnya 1/3 daripada bahagian pasu. Jika menggunakan pasu asal, pastikan telah dibersihkan terlebih dahulu.
  • Masukkan pokok ke dalam pasu dan penuhkan dengan tanah baru yang lembab. Padatkan di sekeliling pokok.
 

Sabtu, 12 Oktober 2013

Penjagaan Mata dengan Baik



Asalammualaikum..

 Hari ni nak kongsi cara penjagaan mata dengan baik.. Sesungguhnya itu adalah salah satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan tiada gantinya.. Kerana adanya mata kita dapat melihat dunia yang serba indah ini :) ....





Ini lah cara-caranya ....


1) Elak dari memakai cermin mata hitam yang tidak mempunyai uv protection 100%,kerana mata kita apabila berada di dalam keadaan yang x cukup terang ( gelap ),bukaan anak mata akan menjadi lebih besar, ini akan membolehkan uv matahari memasuki mata dengan lebih banyak dan boleh merosakkan struktur bentuk asal kanta mata ( menjadi rabun ).

2) Elakkan menggunakan computer tanpa memasang screen filter. kerana cahaya yang dipancarkan oleh monitor computer atau screen tv boleh merosakkan mata dengan cepat. ( cahaya uv tersebut boleh menjangkau sehingga 2 meter.

3) Jangan membaca atau menulis di dalam bilik atau kawasan yang tidak cukup cahaya,terutama membaca sambil tidur melentang.( Pastikan cahaya yang cukup untuk menerangi bahan bacaan atau penulisan anda ).

4) Jangan membaca di dalam kenderaan yang sedang bergerak.

5) Jangan memaksa mata untuk memfokus melihat sesuatu objek atau tulisan yang mata anda tidak mampu untuk melihat dengan jelas,kerana keadaan tersebut akan memberi tekanan pada mata anda. 

6) Selalulah memandang pada benda2 yang berwarna hijau seperti timbuh2an,terutama pada sebelah pagi.

TIP MENJAGA CERMIN MATA DENGAN BAIK>

1) Jangan sesekali mengelap kanta cermin mata anda dengan tisu, kerana ia boleh merosakkan permukaan kanta tersebut.

2) Elakkan dari terkena bahan2 chemical seperti body spray atau apa saja perfume yang berasaskan bahan tersebut.

3) Jangan meninggalkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah di bawah cahaya panas terik matahari.

4) Kepada cek mek molek tu, kalau boleh elakkan memakai cermin mata ketika memasak,kerana bahang panas tersebut boleh merosakkan lapisan anti silau pada kanta tersebut.

5) selalulah membilas cermin mata anda pada setiap hari,dan laplah ia sampai keringggggg.

CARA MEMAKAI DAN MENJAGA KANTA LEKAP ( CONTACT LEN )

1) Pastikan anda tidak alahan pada semua jenis makanan laut.

2) Jangan memakai kanta lekap melebihi 10 jam sehari.

3) Jangan menunggang / membonceng motosikal semasa memakai kanta lekap.

4) Jangan memakai kanta lekap apabila anda mengambil ubat yang memberi kesan mengantuk.

5) Buka kanta lekap anda apabila anda ingin tidur,walaupun sekejap.

6) Cuci kanta lekap anda betul2 sebelum anda menyimpan kanta lekap anda.

7) anda perlu menukar air solution tersebut setiap hari walaupun anda x memakainya.

8) jangan memakai kanta lekap anda melebihi tempoh yang disyorkan ( 30 hari bagi yang 1 bulan/90 hari bagi yang 3 bulan )

9) Jangan memakai kanta lekap anda semasa berenang atau mandi.

Ingat yer pesanan semua di atas.. Terima kasih ..

Isnin, 7 Oktober 2013

Durian Crepe

Durian Crepe
  • Campur semua bahan tepung gandum,garam dan telur. Blender dan tapis. 
  • Panaskan non stick pan dan tuangkan adunan yang ditapis. Biarkan sampai jadi crepe. Jangan terbalikkan.Jangan tebal sangat nanti susah nak lipat dan tak cantik...
  • Letakkan whipping cream kat tengah2 dan campurkan dengan isi durian.Selimutkan isi durian dengan whipping cream. Lipat dan simpan dalam peti sejuk.
  • Sedia untuk dimakan bila2 masa!!! 
Bahan2  tu agak2 je la...ikut sedap rasa....:)

Ini lah video cara-cara membuatnya :





SELAMAT MENCUBA ;)
 
 
 


Senaman kesihatan


 
 
        Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.





 Laporan juga menunjukkan hampir 18% daripada penduduk dewasa wanita dan 15% penduduk dewasa lelaki di negara ini memiliki berlebihan berat badan. Antara puncanya, ialah tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal. Gejala ini jika tidak ditangani akan menimbulkan masalah kesihatan awam yang serius. Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat sebagai antara langkah untuk mengatasi masalah ini



         Bersenam boleh membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan dapat mencegah obesity atau kegemukan. Senaman secara tetap dan teratur di samping amalan pemakanan yang sihat dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan. Senaman membantu membakar lemak badan serta kalori dan menjadikan otot lebih kuat. Bersenam juga mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan dan membantu tidur dengan nyenyak. Akibatnya kita mempunyai keyakinan diri, kehidupan ceria & ketenangan fikiran.



          Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan telah terbukti bahawa tidak atau kurang melakukan senaman dikaitkan dengan risiko mendapatkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti atau kegemukan. Juga, telah terbukti bahawa cara hidup sedentari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus, kanser payu dara, penyakit jantung koronari, strok, tekanan darah tinggi, osteoporosis, kemurungan dan keresahan. Senaman merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat yang sangat penting. Hakikatnya dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen banyak faedah yang di perolehi daripada aktiviti bersenam ini. Marilah kita semua mula bersenam dari hari ini.









Rabu, 2 Oktober 2013

mimpi menurut islam

HADIS PERTAMA:
"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca AUZUBILLAHI MINAS SYAITONIR RAJIM), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.."
(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

HADIS KEDUA:
“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain.
(Sahih Muslim, dan lain-lain)

HADIS KETIGA:
“Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-Mubassyiraat (perkara-perkara yg menggembirakan), para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, Jawab baginda: Mimpi yang benar.”
(Sahih Al-Bukhari)

Al-Imam Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadith ini menyertakan sama sebuah hadith bagi Abu Ya’la daripada Anas bin Malik:
“Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah terhenti, tidak ada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepas-ku, akan tetapi akan kekal al-Mubassyiraat. Sahabat bertanya: Apakah al-Mubassyiraat itu?” Jawab baginda: Mimpi orang muslim satu bahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.”

Ibn al-Tiin (اِبْن التِّين) berkata: “Maksud hadith ini ialah bahawasanya wahyu akan terhenti dengan kematian-ku (Nabi saw), dan tidak akan kekal apa yang diketahui daripadanya apa yang akan berlaku, melainkan mimpi.”
Al-Syeikh Masyhur Hasan Salman pula berkata tentang hadith ini (http://www.almenhaj.net/) ketika ditanya dengan soalan:
 “Apakah maksud hadith: “Mimpi yang benar itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian?”
Jawapan beliau:
“Hadith ini mempunyai dua maksud. Maksud yang aku lihat lebih benar dan yang masyhur, dan yang ditarjihkan oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-fath ialah, tentang tempoh kenabian (Nabi saw) iaitu selama 23 tahun, tempoh penurunan wahyu kepada Nabi saw melalui mimpi yang benar selama 6 bulan. Maka hadith itu menceritakan nisbah mimpi yang benar dari bahagian-bahagian kenabian menyamai 1 dari 46 (bahagian). Inilah pendapat yang lebih benar, lebih zahir dan lebih selamat. "

about friendship

 
 
“Friendship is born at that moment when one person says to another: "What! You too? I thought that no one but myself . . ."”
C.S. Lewis, The Four Loves    

“Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.”
Albert Camus

“A friend is someone who knows all about you and still loves you.”
Elbert Hubbard

“Good friends, good books, and a sleepy conscience: this is the ideal life.”
Mark Twain

“I would rather walk with a friend in the dark, than alone in the light.”
Helen Keller

“If you have good friends, no matter how much life is sucking , they can make you laugh.”
P.C. Cast

“Never leave a friend behind. Friends are all we have to get us through this life--and they are the only things from this world that we could hope to see in the next.”
Dean Koontz, Fear Nothing

piramid makanan



VITAMIN           FUNGSI
Larut Lemak
A                      Kulit sihat; ketahanan terhadap infeksi; antioksidan
D                      Tulang dan gigi yang kuat
E                      Antioksidan
K                      Pembekuan darah
Larut AirC                    


 Antioksidan;   pembaikan salur darah; penyembuhan luka; tulang dan gigi yang kuat;
                        penyerapan zat besi daripada makanan
B1 (Tiamin)       Fungsi sistem saraf; meningkatkan selera dan penghadaman
B2 (riboflavin)    Kulit dan mata yang sihat; metabolisme protein, lemak dan karbohidrat
B6                    Metabolisme protein; penghasilan sel darah
B12                  Meningkatkan tumbesaran yang normal; mencegah anemia
Asid Folik          Penghasilan sel darah; ketahanan terhadap infeksi; perkembangan janin yang    normal
Niasin               Kulit dan lidah yang sihat; fungsi sistem saraf dan penghadaman
MINERAL         FUNGSI
Kalsium            Tulang dan gigi yang kuat; fungsi sistem saraf; jantung dan otot
Kuprum            Penghasilan sel darah merah
Zat besi            Mencegah anemia akibat kekurangan zat besi
Magnesium       Pengecutan saraf dan otot
Kalium              Pengecutan otot jantung; keseimbangan cecairZink                 

 Penyembuhan luka; tumbesaran normal; ketajaman rasa