BLOG SAYA

Isnin, 4 November 2013

Penjagaan tanaman hiasan


 
 Assalammualaikum...
 
Tanaman hiasan sememangnya bertujuan untuk memperindah landskap kita. Walau bagaimanapun, jika kurang diberi penjagaan sudah pasti keindahan yang diharap-harapkan akan hilang. Biasanya pokok hiasan berasal daripada alam semulajadi. Justeru itu ia memerlukan cara penjagaan yang sesuai bagi memastikan ianya dapat tumbuh dengan subur dan kelihatan menarik apabila ditanam di taman, sama ada secara berpasu atau terus ke tanah. Jadi, fahami fakta asas penjagaan, kemudian baharulah dipraktikkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
 
 
Tips asas penjagaan tanaman:

Simptom yang lazim pada tumbuhan adalah layu, kekuningan, melecur, tidak berbunga atau tumbesaran yang terbantut. Ini berpunca daripada amalan kultura yang tidak sempurna. Jadi kita perlu tahu faktor-faktor yang mempengaruhi tumbesaran tanaman hiasan, iaitu
a. Keadaan persekitaran : cahaya, kelembapan udara dan suhu
b. Air – Kaedah, Jumlah dan waktu pengairan
c. Baja – Jenis dan kaedah membaja
d. Jenis Serangga dan Penyakit
Sedikit pengetahuan tentang faktor-faktor di atas sebagai panduan kita meneruskan kerja-kerja penjagaan rutin seperti penyiraman, pemangkasan dan pembajaan.
 
1. Penyiraman pokok di tanah
  • Kekerapan menyiram bergantung pada keperluan pokok.
  • Siraman kawalan juga perlu dilakukan kerana faktor tanah dan keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan.

  • Tanah liat biasanya memerlukan sedikit air kerana ia mengandungi air yang banyak manakala tanah berpasir memerlukan kuantiti air yang lebih.
Umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan menyiram pada waktu tengahari


2. Pemangkasan pokok di tanah
  • Pemangkasan memberi tekanan pada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada tujuan spesifik.
  • Tujuan pemangkasan- untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
  • Membuat pemangkasan untuk mengekalkan saiz dan bentuk pokok boleh mencantikkan rupa bentuk pokok itu.
  • Memotong bahagian pokok yang menggangu laluan utiliti atau bangunan adalah untuk menjaga keselamatan pengguna atau penghuni.
  • Gunakan peralatan khas seperti gergaji atau gunting pokok yang tajam . Semasa pemangkasan, pastikan potongan adalah licin dan bersih, seeloknya jangan tinggal tunggul dahan dan elak dari kulit terserkah.
3.Pembajaan pokok di tanah
  • Baja penting untuk tumbesaran pokok tetapi pembajaan yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan mati.
  • Kekurangan nutrien akan menyebabkan pokok terbantut dan tidak subur bukannya bermakna pokok perlukan baja lebih. Kadar baja yang betul amat penting untuk mengelak dari pembaziran serta menjaminkan tumbesaran dan pengeluaran bunga yang sihat.
  • Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK; baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun; baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah dan baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan
. Penjagaan pokok dalam pasu (pemasuan semula)
Apabila pokok kian membesar, ruang dalam pasu jadi terhad. Bagi mengekalkan ia dapat terus tumbuh dengan subur, pemasuan semula perlu dilakukan.
a. Tanda pokok perlu pemasuan semula
  • Tumbesaran lambat dan terencat
    • Daun mengecil, menguning dan layu
    • Tidak mengeluarkan bunga
    • Akar muncul di permukaan atau keluar dari lubang-lubang
    • Bekas atau pasu pecah
    b. Cara pemasuan semula
    • Basahkan tanah dalam pasu dan tinggalkan satu jam agar ianya menjadi lembut
    • Cabut pokok dan gegarkan untuk mengeluarkan tanah pada akar.
    • Potong akar yang mati dan rosak.
    • Sediakan pasu yang lebih besar dengan mengisi arang atau pecahan pasu di bahagian bawah sebagai penapis dan tambah dengan tanah baru sekurang-kurangnya 1/3 daripada bahagian pasu. Jika menggunakan pasu asal, pastikan telah dibersihkan terlebih dahulu.
  • Masukkan pokok ke dalam pasu dan penuhkan dengan tanah baru yang lembab. Padatkan di sekeliling pokok.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan