BLOG SAYA

Isnin, 7 Oktober 2013

Senaman kesihatan


 
 
        Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.





 Laporan juga menunjukkan hampir 18% daripada penduduk dewasa wanita dan 15% penduduk dewasa lelaki di negara ini memiliki berlebihan berat badan. Antara puncanya, ialah tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal. Gejala ini jika tidak ditangani akan menimbulkan masalah kesihatan awam yang serius. Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat sebagai antara langkah untuk mengatasi masalah ini



         Bersenam boleh membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan dapat mencegah obesity atau kegemukan. Senaman secara tetap dan teratur di samping amalan pemakanan yang sihat dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan. Senaman membantu membakar lemak badan serta kalori dan menjadikan otot lebih kuat. Bersenam juga mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan dan membantu tidur dengan nyenyak. Akibatnya kita mempunyai keyakinan diri, kehidupan ceria & ketenangan fikiran.



          Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan telah terbukti bahawa tidak atau kurang melakukan senaman dikaitkan dengan risiko mendapatkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti atau kegemukan. Juga, telah terbukti bahawa cara hidup sedentari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus, kanser payu dara, penyakit jantung koronari, strok, tekanan darah tinggi, osteoporosis, kemurungan dan keresahan. Senaman merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat yang sangat penting. Hakikatnya dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen banyak faedah yang di perolehi daripada aktiviti bersenam ini. Marilah kita semua mula bersenam dari hari ini.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan